
HarmonyOS telah mengimplikasikan multi-camera mode kedalam OS peranti mereka. Antara peranti menerima fungsi ini adalah Huawei P40 dan P50 series, Mate X2, Mate 30 dan 40 Series dan lain-lain. Namun buat masa ini ia hanya boleh didapati pada model Chinese sahaja.
Tapi Apakah Fungsi Ini?
Multi-camera mode membolehkan peranti pengguna mengawal beberapa kamera dari peranti lain untuk mengambil gambar atau video pada masa yang sama. Maka gambar yang diambil boleh dilakukan dari beberapa sudut yang berbeza.
Seperti di hari perayaan, pengguna boleh mengambil gambar dengan menggunakan peranti rakan atau keluarga. Manakala peranti sendiri sebagai butang mengaktifkan tangkapan itu. Maka pengguna tidak memerlukan sebarang aksesori tambahan seperti SmartWatch, Tripod, Monopod dan sebagainya.
Bagaimana untuk Menggunakannya?
Fungsi ini akan tersedia didalam aplikasi kamera default pada HarmonyOS. Maka pengguna boleh membuka dan terus menggunakannya. Namun peranti lain perlu menyambungkan peranti mereka ke rangkaian Wi-Fi yang sama.
Peranti photo perlu berada dalam mod kamera, manakala peranti kawalan perlu berada dalam mod multi-kamera.
Kebaikkannya?
Fungsi multi-camera mode bukanlah teknologi baharu. Namun kewujudan fungsi ini membuka skop fotografi yang lebih luas. Malahan bagi pengguna mobilegrafi boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat tangkapan yang unik dan luar biasa. Ia mampu menyerlah kreativiti pengguna.
Aksi peluru dalam filem “The Matrix” boleh dilakukan dengan fungsi ini. Dan kos adalah lebih murah berbanding menggunakan peranti seperti DSLR.

Tambahan, oleh kerana ia merupakan fungsi HarmonyOS. Maka penggunaannya keatas produk lain yang menggunakan HarmonyOS berkemungkinan akan menerima fungsi sama.
