
Apple baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka mencari mereka yang berkemahiran dalam chip RISC-V. Ia merupakan prosessor jenis teknologi sumber terbuka yang menjadi pesaing kepada kejuteraan ARM.
Namun beberapa maklumat menyatakan bahawa Apple cuba mengantikan prosessor ARM yang mereka gunakan kepada RISC-V.
APA ITU RISC-V?
RISC adalah singkatan kepada Reduced Instruction Set Computer yang merupakan prosessor yang berfungsi lebih efisyen dengan kos yang lebih rendah. Tambahan ia digunakan oleh IBM, Standford dan UC Berkeley pada tahun 1970-an hingga 1980-an.
Bagaimana pula dengan ARM?
Secara teknikal ARM adalah merupakan RISC yang dibina khas bagi peranti terkini seperti tablet, laptop, desktop dan sebagainya. Malahan singkatan nama ARM adalah Advance RISC Machine.
The successful candidate will have excellent understanding and knowledge of RISC-V ISA architecture along with working knowledge of NEON micro architecture in ARM CPU cores from a vector programming perspective
Apple
Sekiranya ARM adalah RISC yang lebih maju, mengapa Apple perlu meneroka RISC-V? Antara sebabnya adalah kerana RISC-V merupakan prosessor paling terbaru keluaran RISC. Tambahan dengan kemampuan untuk meneroka teknologi RISC, Apple mampu mencari kelemahan prosessor tersebut dan menambahbaik kejuteraan yang dilakukan. Dengan itu, mereka dapat membina prosessor yang lebih baik.