Creative Outlier Pro, “Earbuds” Yang Paling Sempurna

Thumbnail di Laman YouTube Kami

Outlier Pro adalah sebuah “earbuds” yang dibuat oleh jenama Creative. Earbuds ini berharga lebih kurang RM280~RM300 di pasaran Malaysia. Kami telah melakukan ulasan secara dalam video di laman YouTube kami kenapa kami suka Creative Outlier Pro ini dan menganggapnya sebagai “Earbuds” yang paling sempurna. Jika pembaca ingin membaca sebahagian dari isi video tersebut, ini adalah 2 sebabnya.

Kualiti Audio

Kualiti Audio dari Creative Outlier Pro, bagi kami sungguh sepadan dengan harganya malah kami rasakan ianya seakan setaraf dengan “Earbuds” yang kami telah beli dari Sony iaitu Sony WF1000XM3 yang berharga RM600+ ketika itu (sewaktu promosi dibuat). Dari segi bass, keseimbangan bunyi antara suara yang musik latar, sangatlah bagus bagi kami.

Keselesaan Ketika Menggunakannya

Sewaktu kami menggunakan Creative Outlier Pro ini, kami boleh menggunakannya sehingga 4~5 jam penggunaan tanpa rasa sakit yang membuatkan kami akan menanggalkannya. Kami sedar satu perkara, ketika menggunakannya, walaupun dari pagi sampai petang, kami menanggalkannya bukanlah sebab ketidak selesaan memakainya, tapi hanya untuk mengecaskan atau membuat aktiviti-aktiviti lain.

Dengan ini, itulah antara sebab kenapa bagi kami Creative Outlier Pro ini adalah yang terbaik pada harganya yang telah kami pakai. Ulasan penuh di YouTube boleh tekan disini. Untuk pembelian boleh tekan disini, harga di 3 laman ini berbeza, pembaca boleh cuba di pautan mana yang paling murah:~
Shopee : https://shope.ee/1q3wSnSEGu
Lazada : https://invol.co/clg0d0q
Website : CreativeLabs

Akil Nusir

Pengasas dan pencipta kandungan GajetNaw di YouTube, Facebook dan Laman Sesawang.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)