Google Tensor Adalah Chip Paling Pantas Untuk Android

Google Tensor

Google Tensor dikatakan sebagai prosessor yang paling pantas pada peranti Android. Prosessor ini merupakan chip yang dibina oleh Google bagi peranti Pixel 6 dan Pixel 6 Pro mereka. Dimana ia mempunyai komponen Neural Core yang telah ditambahbaik.

Dengan wujudnya chip terbaru ini, ia akan menjadi saingan kepada Qualcomm, HiSilicon, Samsung dan juga Apple. Namun tanpa mengetahui maklumat yang jelas, tidak dapat dipastikan prosessor yang mempunyai performance yang paling baik.

Namun, jika dilihat berdasarkan kejuteraan yang digunakan pada processor ARM selama ini adalah menggunakan rekaan big.LITTLE. Dimana dengan kumpulan core yang kuat (big) akan digunakan pada aplikasi serta permainan manakala kumpulan core dengan tenaga efisyen (little) akan menguruskan sistem lain pada peranti. Dengan itu, peranti dapat mengawal penggunaan untuk mencecah performance yang tinggu dan memanjangkan jangka hayat bateri.

Tetapi, pekara ini berubah dimana Samsung dan Qualcomm menggunakan kaedah rekaan “1+3+4”. Bermaksud bahawa 1 dibina dengan core berkuasa tinggi, 3 dibina dengan core jenis medium atau besar dan 4 unit core berkuasa rendah.

Manakala, berdasarkan maklumat yang dinyatakan adalah Google Tensor akan fokus kepada penggunaan kuasa yang tinggi dengan kaedah rekaan “2+2+4”.

2x Cortex-X1 Cores
2x Cortex-A78 Cores
4x Cortex-A55

Tambahan Cortex-A78 dan Cortex-X1 menggunakan rekaan yang lebih kurang sama. Tetapi Cortex-A78 mempunyai performance dan tenaga yang lebih efisyen manakala Cortex-X1 mempunyai performance lebih baik dengan 23% kelancaran.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)