iOS 15.1 Beta 2 dilaporkan mempunyai bug pada OS tersebut dengan memadam chat pada iMessage boleh menyebabkan gambar anda hilang. Benar, gambar yang di backup pada iCloud anda bakal hilang sekiranya anda melakukanya.
Pekara ini juga telah dicuba oleh MacRumors. Dengan memadam thread pada aplikasi Message anda dan melakukan backup pada iCloud selepas itu akan memadam semua gambar anda. Disebalik gambar anda telah disimpan dengan selamat, tetapi pekara ini membuatkan ia hilang selamanya.
Cara untuk menguji isu ini.
1. Simpan gambar dari Message ke Camera Roll
2. Lihat samada gambar anda telah disimpan
3. Padam chat Message yang mengandungi gambar tersebut. Gambar anda akan masih berada dalam iCloud Photo Library.
4. Lakukan iCloud Backup, dan kesemua gambar anda akan terpadam.
Nota: Sekiranya anda pengguna biasa, tidak digalakkan membuat ujian ini, bagi mengelakkan sebarang kehilangan pada gambar anda.
Pekara ini kelihatan mustahil untuk berlaku, namun sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan untuk mengelak dari pekara ini dari berlaku. Oleh itu, pengguna dicadangkan untuk membaca artikel atau info terkini sebelum membuat sebarang naik taraf.