JumboJack: Peranti Pixel Foldable Yang Dibina Google

Jumbojack adalah codename yang diberi kepada peranti lipat yang sedang dibina oleh Google. Dimana sebelum ini kita mengenalinya dengan codename ‘Passport’.

Malahan penggunaan nama passport sangat dikenal pasti sejak Android Beta 12 lagi. Namun pekara ini dikenalpasti pada OS Android 12.1 yang rasmi. Malahan apa yang didapati bahawa codename ini digunakan untuk menguji “posture” peranti seperti “opened”, “closed”, “half-opened” dan “flipped”. Malahan pihak Google merujuknya sebagai “Pixel”.

Peranti ini juga dikatakan mempunyai fungsi dua paparan dan paparan kedua akan ditutup sekiranya peranti dilipat. Ini menujukkan berkemungkinan bahawa rekaan yang dibina adalah seperti Galaxy Fold.

Tetapi setakat ini, tiada makluman yang dikeluarkan oleh Google secara rasmi akan hal ini. Tambahan, codename yang digunakan adalah Jumbojack yang merujuk kepada sejenis burger keju yang dikeluarkan oleh Jack in the Box. Berkemungkinan ia mempunyai paparan lebih lebar berbanding memanjang tinggi seperti Galaxy Fold.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)