Microsoft: Password Tidak Diperlukan Lagi

Microsoft Go passwordless

Microsoft mengambil keputusan untuk membuang kata kunci bagi pengguna akaun Microsoft dan menggunakan kaedah lain mulai harini. Ia dibolehkan kepada pengguna dengan pelan enterprise dalam tahun ini dan kesemua pengguna pada 5 Oktober.

Hal ini kerana kebiasaan pengguna akaun adalah hadir dari syarikat-syarikat dan untuk mendapatkan keselamatan adalah sangat sukar dalam era digital ini.

Dengan ada nya fungsi ini, pengguna tidak lagi memerlukan password manager dari pihak ketiga. Apa yang dilakukan oleh adalah pengguna menggunakan aplikasi Microsoft Authenticator, Windows Hello, Kunci Keselamatan, SMS atau code pada email.

Pengguna boleh menggunakan fungsi ini pada Outlook, OneDrive, Family Safety dan Xbox Series X/S.

CARA-CARA MENGGUNAKANNYA
1. Muat turun aplikasi Authenticator
2. Pergi ke Microsoft Account Setting
3. Buka Advanceed Security Options
4. Pilih Additional Security
5. Tukar akau kepada “Passwordless”
6. Ikuti langkah yang ditunjukkan

Dengan ini, pengguna tidak memerlukan password lagi pada servis yang dijalankan oleh Microsoft. Tetapi sekiranya selepas menggunakannya dan tidak selesa dengan cara ini. Pengguna boleh mengubahnya semula pada bila-bila masa mengikut kehendak pengguna.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)