Pengecas Tidak Tersedia Dalam Pembelian Pixel 6

Pengecas

Pengecas tidak akan tersedia dalam pembelian peranti menjadi fenomena terbaru dari syarikat pembuat peranti. Dimana ia diperkenalkan untuk mempromosikan mesra alam kepada pengguna oleh Apple dan kemudiannya diikuti oleh Samsung dan Xiaomi.

Kini, Google juga mengikuti langkah tersebut dengan bermulanya pada pembelian Pixel 6 akan datang. Menurut Google, sebab syarikat tersebut mengambil langkah itu kerana kebanyakkan pengguna sudah mempunyai pengecas USB Type-C di rumah mereka. Maka tiada keperluan untuk aksesori ini ditambah pada peranti.

Tambahan mengikut Google, ini akan mengurangkan pencemaran dan kos penghantaran produk kepada pengguna kerana berat pembungkusan akan lebih ringan dan lebih banyak peranti dapat dihantar kepada pengguna.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)