
Pixel 3 yang anda miliki mengalami isu bricking tanpa melakukan apa-apa seperti buka bootloader atau sebagainya. Ternyata anda bukan lah keseorangan kerana banyak laporan dibuat pada forum bantuan Google dan reddit oleh pengguna Pixel 3 dan Pixel 3 XL.
Malahan pengguna tidak boleh untuk recover peranti kepada firmware asal. Dimana ia berlaku apabila peranti memasuki “Emergency Download Mode” Qualcomm dan ia juga menghalang pengguna dari memasuki bootloader.
Buat masa ini tiada laporan yang jelas akan masalah yang dihadapi. Namun beberapa pendapat menyatakan bahawa isu ini adalah kerana masalah bootlooping pada peranti.
Penyelesaiannya adalah dengan membeli peranti baharu mahupun merujuk kepada Google Center akan isu tersebut. Berkemungkinan pengguna akan menerima pembaikian percuma oleh kerana warranty yang masih ada.
