
Pixel 6 akan menerima “under-display fingerprint” tetapi ia akan menerima pertukaran kepada fungsi itu dimana pada masa yang sama Google akan membuang “under-display earpiece speaker”.
Peranti ini agak menjadi tarikan dengan pelbagai fungsi yang diperkenalkan, malah ia dibina untuk menjadikan Pixel kepada tahap Flagship pada tahun ini.
Menurut XDA-Developer, berdasarkan maklumat dari Developer Preview untuk Android 12 pada Mac yang lalu menunjukkan beberapa petunjuk akan pekara ini, namun ia masih kurang jelas samada pekara akan menjadi kenyataan.
Tambahan pula, pihak Google tidak menyatakan apa-apa maklumat berkenaan isu ini. Namun satu fungsi yang ada pada Android 12 ialah High Brightness Mode (HBM) yang digunakan bagi menambahbaik fungsi pengenalan dan pengesanan cap jari pada kawasan paparan.
