
Pixel mengalami masalah alarm untuk berfungsi dengan baik pada aplikasi Clock (stock) yang dibina Google. Dimana ia menjejaskan beberapa pengguna dalam kegiatan harian mereka.
Namun pekara ini dikenal pasti oleh kerana penggunaan antara aplikasi tersebut dengan Spotify. Ia, sekiranya anda tidak ketahui bahawa aplikasi Spotify boleh digunakan dengan stock alarm yang ada pada peranti android sebagai nada yang anda pilih sendiri.
Kembali kepada isu, pihak Google menyatakan bahawa mereka akan memperbaikinya dan pengguna perlu tunggu sehingga naik taraf seterusnya. Dan buat masa ini pengguna perlu menggunakan nada yang disediakan pada aplikasi stock itu berbanding Spotify.
Hal ini berkemungkinan naik taraf pada Spotify juga yang menyebabkan akan isu ini terjadi. Tetapi sekiranya anda masih mengalami masalah yang sama, Google telah mengeluarkan naik taraf aplikasi terbaru dalam menyelesaikan isu ini.
Jika anda tidak menerimanya, anda perlu menunggu 2-7 hari lagi dari tarikh naik taraf dikeluarkan. Oleh kerana naik taraf aplikasi bergantung pada model peranti dan juga kawasan (region).
