
Pixel Fold adalah produk yang masih dalam proses pembinaan oleh Google sejak 2019 lagi dan tiada berita bahawa syarikat tersebut mempunyai niat untuk memasarkannya.
Namun beberapa dokumen berkenaan Android bahawa peranti ini memang wujud dimana Google menamakannya dengan codename “Passport”. Dan banyak maklumat yang menyatakan bahawa produk ini akan terjual di pasaran pada Q4 2021.
Menurut laporan The Elec, Pixel Fold mempunyai paparan 7.6-inci yang dibina oleh Samsung dengan lapisan Ultra-Thin Glass (UTG). Tambahan, ETNews, syarikat penerbitan Korea menyatakan bahawa Samsung juga sedang mencari pembeli yang menginginkan UTG buatan mereka.
Setakat ini, pihak Google hanya mengumumkan akan pengeluaran Pixel 6 mereka pada tahun ini. Tetapi pada masa yang sama, Xiaomi, Honor dan Oppo juga dikatakan sedang membina peranti lipat itu.
