
Pixel mempunyai fungsi untuk memastikan tempoh ketahanan bateri berpanjangan. Untuk memanjangkan tempoh bateri, pelbagai cara boleh dilakukan. Dan ramai berpendapat bahawa memasang pengecas sepanjang masa akan menjejaskan jangka hayat bateri. Dan seperti kita lihat bahawa Sony telah menawarkan fungsi “battery care” pada peranti Xperia mereka.
Namun fungsi ini juga terdapat pada peranti Pixel, tetapi kurang diketahui oleh sesetengah pengguna. Berdasarkan laporan, Google menambah fungsi ini sekitar hujung April tahun ini dimana ia diterima pada Pixel 3 dan keatas.
Fungsi ini berjalan dimana pengecasan akan berhenti secara automatik ketika ia mencapai tahap 80%. Menurut Google, fungsi ini akan berjalan dengan beberapa atas situasi tertentu:
1. Pengecasan berterusan dalam penggunaan bateri yang mendadak, seperti bermain permainan video.
2. Pengecasan berterusan sehingga 4 hari atau lebih.
Namun fungsi ini akan mati sekiranya keadaan tidak menerima seperti yang dinyatakan diatas. Jika fungsi ini berjalan, pengguna akan menerima notifikasi “Optimizing for Battery Health” pada paparan.
Cara menghentikan fungsi ini untuk mendapatkan pengecasan 100%.
1. Tanggalkan Pixel Phone dari pengecas atau alihkan dari Pixel Stand
2. Restart Pixel anda atau biarkan selama 10 minit atau lebih.
3. Apabila notifikasi telah hilang dari paparan, anda boleh mengecas semula.
Sekiranya peranti mengesan syarat yang dinyatakan, ia akan aktif secara automatik.
