
Sembunyi dokumen dan folder sebagai langkah privasi merupakan salah satu pekara penting kepada pengguna. Namun dengan menaik taraf dan menggunakan Windows 11, Pengguna akan menerima Start Menu dengan bahagian “Recommended” dimana ia menayangkan folder yang baru sahaja dibuka.
Namun bagaimana untuk mematikan nya?
1. Buka Setting pada bahagian yang di Pin dekat Start Menu atau tekan butang (Windows + i ) pada papan kekunci.

2. Pilih Personalization pada menu tepi. Didalam bahagian tersebut, pilih “Start”

3. Didalam ruang tetapan “Start”, matikan pilihan “Show recently opened items in Start, Jump lists, and File Explorer”.

4. Selesai, dan tiada fail yang ditunjuk pada paparan Start Menu lagi. Sekiranya masih berlaku, sila restart pc anda. Dan kini anda dapat sembunyi folder yang sensitif dari bahagian tersebut.
