Surface Pro 8: Apa Yang Baru Pada Peranti Ini?

Surface Pro 8

Surface Pro 8 telah diperkenalkan oleh Microsoft baru-baru ini. Dimana ia membawa paparan 120Hz, sambungan Thunderbolt dan pelbagai lagi. Walaupun rekaannya adalah sama dengan Surface Pro 7, ia masih menerima beberapa naiktaraf pada peranti itu.

Apa yang baru pada Surface Pro 8?

1. Paparan
Pro 8 menerima paparan 120Hz dengan PixelSenseTM Flow, dimana ia merujuk kepada kebolehan paparan dikawal sehingga 10 jenis sentuhan pada masa yang sama. Tambahan, Flow yang diperkenalkan merujuk kepada kebolehan mengesan pergerakkan sentuhan yang dibuat. Selain itu, ia dilengkapi dengan sokongan Dolby Vision berbanding Pro 7 yang tidak memilikinya.

2. Memori
Memori yang diperkenalkan sedikit berbeza dengan generasi sebelumnya. Dimana ia menawarkan memori antara 8GB, 16GB dan 32GB, manakala Pro 7 mempunyai 4GB RAM dan tiada 32GB RAM.

3. Prosessor dan Grafik
Ia ditawarkan hanyalah Quad-core 11th Gen Intel Core™ i5-1135G7 dan Intel Core™ i7-1185G7. Dengan pengunaan grafik Intel® Iris® Xᵉ.

4. Sambungan
2 Slot USB-C berbanding satu, dan mengantikan USB-A kepada Thunderbolt™ 4. Namun Microsoft tidak menyatakan sebarang sokongan “MicroSDXC card reader”.

5. Kamera
Kamera utama dengan resolusi 10MP berbanding 8MP dan dilengakpi dengan pembesar suara 2W Stereo Dolby Atmos berbanding 1.6W pada Pro 7.

Microsoft juga menyatakan bahawa penggunaan peranti baharu ini boleh dilakukan sehingga 16 jam berbanding 10 jam pada Pro 7. Namun ia masih bergantung pada pengguna berkenaan software dan cara penggunaan.


Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)