
Windows 11 kini boleh dipasang pada PC lama kerana Microsoft telah mengubah suai sistem itu selepas pengguna banyak yang mengadu akan isu yang diterima kerana spesifikasi yang dibenarkan oleh syarikat itu.
Menurut Microsoft, mereka telah menaik taraf OS tersebut agar pengguna dapat menggunakannya. Dimana ia menyokong Intel Core X-series, Xeon W-series dan Intel Core 7820HQ yang boleh didapati pada Surface Studio 2 yang pada asalnya ia tidak disokong oleh peranti itu.
Namun sekiranya anda ingin memuat turun dari Windows Update, anda masih perlu mematuhi keperluan yang dinyatakan. Tetapi pengguna boleh memasang menggunakan fail ISO selagi sistem yang anda gunakan adalah 64-bit dan mempunyai CPU Clocked lebih kurang 1GHz dan keatas. Serta perisian anda perlu mempunyai 4GB RAM dan 64GB Storan.
Dengan kata lain, Microsoft membenarkan anda menggunakan OS terbaru itu tetapi hanya dengan memasang secara manual, dan anda tidak akan menerima naik taraf secara automatik.
