Youtube kini membenarkan pengguna memuat turun video terus dari laman web mereka tanpa menggunakan aplikasi pihak ketiga. Fungsi ini telah diperkenalkan pada aplikasi pada android dan iOS telah sekian lama. Namun ia merupakan sesuatu yang baharu pada penggunaan di laman web.
Pengenalan semula, fungsi ini membenarkan pengguna untuk memuat turun data video dari YouTube ke storan peranti samada PC atau telefon pintar. Dengan itu, pengguna dapat menonton semula video yang di muat turun walaupun tanpa rangkaian internet.
Jika dilihat, terdapat butang “Download” sebelah butang Share pada barisan dibawah video yang dipaparkan. Dengan menekan butang tersebut, proses memuat turun akan dipaparkan disebelah kiri bawah paparan anda. Dan anda boleh melihatnya didalam ruang downloads pada akaun anda.
Sebagai peringatan, fungsi ini masih dalam proses percubaan dan hanya boleh digunakan kepada pengguna Youtube Premium sahaja buat masa ini. Tetapi jika berminat, pengguna perlu pergi ke muka web “Try Experimental New Features” untuk mengaktifkan fungsi tersebut. Dan fungsi ini hanya terhad sehingga 1080p sahaja buat masa ini. Tiada resolusi sehingga 4K atau 360p.