Pengecasan 200W Xiaomi Akan Mempunyai Kesan Sampingan

Pada bulan lalu, Xiaomi memaklumkan berkenaan pengecasan 200W dan ia merupakan satu langkah yang bagus bagi pengguna telefon pintar dan mengalahkan pengecasan 120W. Malah ia mampu mengecas sehingga 8 minit bagi 4000mAh. Tetapi fungsi ini mempunyai kelemahan yang jelas.

Beberapa jam lalu, Xiaomi ada membuat post Q&A pada akaun Weibo mereka, dan salah satu soalan yang menjadi tanda tanya ialah berkenaan pengecasan 200W itu dimana ia akan menjejaskan bateri. Namun pekara ini kelihatan normal bagi pengguna eletronik kerana ia tetap akan berlaku pada mana-mana peranti.

Namun, masalah ini luar dari keadaan normal dimana dengan pengecasan 200W akan menurunkan bateri kepada 80%. Dimana peranti dengan 4000mAh akan turun menjadi 3200mAh dan 5000mAh bateri akan turun sehingga 4000mAh.

Dimana jumlah ini agak besar jika dibandingkan dengan pengecasan pada 125W dimana ia hanya hilang 9% dibandingkan dari 20% dari kapasiti asal. Jika dilihat, ia seperti masih boleh bertahan dimana peranti yang digunakan pengguna pada masa sekarang masih boleh kekal dengan baik.

Tetapi pengguna perlu menitik beratkan dimana peranti akan datang akan mempunyai fungsi yang lebih banyak dan menggunakan prosesor dengan rangkaian 5G, kadar ‘refresh rate’ paparan yang tinggi dan pelbagai lagi yang menjadikan peranti kuat makan tenaga bateri.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)