
Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).
Selaras dengan inisiatif ini, peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) di mana “setiap LKM hendaklah dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan yang berkenaan” tidak lagi akan dikuatkuasakan bagi kategori pemilik di bawah fasa pertama. Pengecualian ini akan diwartakan di bawah kuasa yang diberi kepada Menteri Pengangkutan di bawah Seksyen 127 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal (warganegara), mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa- fasa seterusnya.
Saya(YB Menteri) mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital. Dengan pendigitalan, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan dan ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keselesaan rakyat.
Untuk pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, anda masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat / kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.
Untuk merealisasikan inisiatif pendigitalan tersebut, orang awam digalakkan mendaftar akaun masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery. Dengan adanya aplikasi MyJPJ di hujung jari, pengguna dapat menyemak butiran semasa dan membuat paparan LKM Digital dan LMM Digital apabila keadaan memerlukan.
Walau bagaimanapun, dalam tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, kategori pemilik atau pemegang lesen kenderaan yang masih wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM adalah seperti berikut:

Akhirnya, saya(YB Menteri) ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dijalankan terhadap mana-mana pihak yang memandu kenderaan tanpa mempunyai LKM atau LMM yang sah selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 20(1), 90 (1) dan 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebarang pertanyaan berhubung inisiatif ini boleh disalurkan ke emel [email protected] atau menghubungi talian hotline JPJ iaitu 03-2724 2522. Orang awam juga boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan di portal JPJ untuk maklumat lanjut.
Sumber : Kementerian Pengangkutan Malaysia
