3-Nanometer Buatan TSMC Digunakan Oleh Intel Dan Apple

3-nanometer tsmc

3-Nanometer merupakan teknologi pada rekaan chip eletronik yang terbaru yang mampu memberikan kelancaran yang lebih baik kepada peranti. Menurut Nikkei, Interl akan menggunakan chip 3-nanometer itu pada notebook dan data center, manakala Apple akan menggunakannya pada peranti iPad akan datang. Dan penghasilan ini akan dilakukan awal 2022.

Buat masa ini, TSMC sedang dalam proses menghasilkan chip 5-nanometer bagi iPhone 12, dan next-gen AMD Zen 4 bagi 2022. Dan dijangkakan akan menghasilkan produksi 3-nanometer pada pertengahan 2022 dan produk bakal menyusul pada 2023.

Komponen terbaru ini dijangkakan mampu memberikan kelancaran sebanyak 10-15 peratus pada penggunaan tenaga yang sama, atau berkemungkinan juga menurunkan pengunaan tenaga 25 hingga 30 peratus pada kelajuan transistor yang sama.

iPad keluaran Apple dikatakan merupakan peranti pertama yang akan menerima komponen itu. Manakala iPhone akan kekal dengan 4-nanometer sehingga dimaklumkan.

Buat masa ini, menurut TSMC bahawa Intel telah mendominasi dalam penghasilan 3-nanometer berbanding Apple. Maka dengan itu, TSMC akan menghasilkan dan mengutamakan Intel dalam penghasilan komponen itu.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)