
Huawei antara syarikat yang masih membina dan mencuba peranti gulung manakala kebanyakkan syarikat telah menginggalkan projek ini. Berdasarkan LetsGoDigital, syarikat tersebut telah mengisi permohonan paten pada Januari 2021 namun ia baru sahaja didedahkan baru-baru ini.
Jika dilihat, peranti tersebut kelihatan seperti membalut bahagian hadapan peranti dan sebahagian di belakang peranti. Malah yang menariknya dimana paparan tersebut boleh ditarik untuk mendapatkan paparan yang lebih luas.

Dengan magnet pada roller akan membuatkan paparan kekal diatas landasannya dan mengelakkan dari terbuka semasa paparan ditarik atau simpan.
Adakah peranti ini bakal dilancarkan?
Buat masa ini tiada maklumat yang dinyatakan namun setakat ini peranti Oppo X 2021 adalah antara peranti gulung yang dikatakan akan dipasarkan. Maka tidak mustahil sekiranya Huawei mengambil langkah yang sama.
