Razer Project Hazel Bukan Sekadar Konsep. Beta Test Dibuka.

Razer Zephyr

Razer memperkenalkan Project Hazel pada awal pandemik berlaku iaitu topeng muka yang berfungsi sebagai pelindung kepada pengguna malah mempunyai lampu RGB.

Namun ramai menyangkakan bahawa ia hanyalah produk konsep seperti produk-produk sebelumnya dimana ia tidak akan dijual namun kini, syarikat tersebut mendedahkan nama peranti sebagai Razer Zephyr.

Tambahan juga, peranti tersebut dibenarkan untuk diuji dan akan dijual pada tahun ini. Maklumat tersebut dimaklumkan oleh mereka pada laman twitternya.

Produk ini mempunyai tahap keselamatan sama dengan topeng muka N95 dan pengaliran udara yang sentiasa aktif.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)