
Samsung dikatakan sedang membina rekaan kamera bergerak yang membolehkan aperture kamera diubah mengikut kesesuaian.
Menurut LetsGoDigital, syarikat tersebut baru sahaja melancarkan paten kamera dengan susunan melintang pada bahagian belakang. 3 jenis kamera ini akan berada dalam kedudukan selari.
Kemudian. kamera yang berada ditengah boleh bergerak kebawah manakala kamera ultrawide dan telephoto yang berada disisinya akan menuju ketengah.

Dengan merujuk gambar rajah ini, dapat dilihat bahawa kedudukan terakhir akan mempunyai versi aperture yang berbeza dari kedudukan asalnya. Dengan kata lain, aperture kamera pada peranti tidak terikat dengan komponen kamera asal.
Namun, seperti kesemua peranti yang menggunakan teknologi mekanikal akan mempunyai pembantahan dimana konsep ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi tersebut untuk berfungsi dengan baik.
Tambahan, teknologi mekanikal bergerak secara perlahan pada masa kini. Maka proses akan mengambil masa sekiranya ingin digunakan untuk mengambil gambar.
