
Fairphone adalah peranti keluaran syarikat Dutch yang dimana 40 peratus dari pembuatannya menggunakan bahan kitar semula, malahan ia memberikan khidmat untuk naik taraf komponen kamera peranti. Kini, brand tersebut bakal melancarkan peranti Fairphone 4.
Peranti tersebut akan menerima sokongan 5G dan akan menjalankan operating system Android 11. Buat masa ini tiada maklumat yang terperinci bagi model terbaru itu. Berkemungkinan ia akan menerima spesifikasi yang lebih baik dari model sebelumnya.

Namun kekurangannya ialah spesifikasi peranti tersebut adalah rendah jika nak dibandingkan dengan kebanyakkan peranti yang ada pada masa kini.
