Ingress Protection (IP) VS Military Standard (MIL-STD)

Ingress Protection atau dikenali sebagai IP rating adalah satu benda yang tidak asing bagi peranti eletronik malah ia sangat terkenal penggunaannya pada telefon pintar dimana pada awalnya ia banyak digunakan dan disebut pada peranti Xperia keluaran Sony. Malah ia juga digunakan oleh syarikat lain seperti Samsung, Motorola dan Xiaomi terhadap peranti mereka.

Tetapi apakah itu IP rating?
IP rating adalah tahap ujian yang dikenakan pada produk untuk melindungi peranti dari air, debu dan juga benda asing. Sebagai contoh, kebiasaan peranti diberikan tahap ujian pada IP67, IPX8 dan sebagainya.

Tambahan ujian ini digunakan untuk menjaga keselamatan, fungsi dan kebergunaan peranti terhadap unsur yang menjejaskan penggunaannya sebagai peralatan eletronik.

Nilai IPDebu (IPX_)Cecair (IP_X)
0Tiada PelindunganTiada Pelindungan
1Objek yang lebih dari 50mmTitisan Air secara menegak
2Objek yang lebih dari 12.5mm Titisan Air pada sudut 15 darjah
3Objek yang lebih dari 2.5mmPercikan Air (Spray) pada sudut 60 darjah
4Objek yang lebih dari 1.0mmPercikan Air (Kalis Sepenuhnya)
5Objek pada 1.0mmSemburan Air Deras
6Dilindungi sepenuhnya dan sukar untuk dimasuki langsungSemburan Air yang Sangat Deras
7Rendaman selama 30 minit pada ketinggian 1 meter
8Rendaman yang lebih dalam dan lama (Rekod perlu dinyatakan pada produk)
9Semburan Deras Pembersihan

Namun terdapat juga ujian lain yang digunakan selain daripada IP testing, iaitu MIL-STD 810, RTCA/DO-160 (Radio Technical Commission for Aeronautics) dan IEC 60529 (International Electrotechnical Comission). Tetapi topik kalini adalah untuk memfokuskan kepada IP dan MIL-STD yang banyak digunakan pada peranti telefon pintar.

Jadi apa itu MIL-STD?
MIL-STD atau dikenali sebagai Military Standard adalah tahap ujian dengan ketahanan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh tentera Amerika Syarikat. Setiap peralatan akan menerima ujian sebanyak 29 ujian yang berbeza seperti getaran, tekanan, haba, sejuk, tekanan senjata api, kelembapan dan sebagainya.

Senarai Ujian MIL-STD 810

1. Method 500.5 — Altitude or Low Pressure
2. Method 501.5 — High Temp
3. Method 502.5 — Low Temp
4. Method 503.5 — Temperature Shock
5. Method 504.1 — Contamination by Fluids
6. Method 505.5 — Sunshine (Solar Radiation)
7. Method 506.5 — Rain
8. Method 507.5 — Humidity
9. Method 509.5 — Salt Spray / Salt Fog
10. Method 510.5 — Sand and Dust
11. Method 512.5 — Immersion
12. Method 513.6 — Acceleration
13. Method 514.6 — Vibration
14. Method 516.6 — Shock
15. Method 517.1 — Pyroshock
16. Method 519.6 — Gunfire Shock
17. Method 520.3 — Temperature, Humidity, Vibration, and Altitude Synergy
18. Method 521.3 — Icing / Freezing Rain
19. Method 524.0 — Freeze / Thaw
20. Method 528.0 — Mechanical Vibrations of Shipboard Equipment (Type I and Type II)

Peranti telefon pintar yang menerima ujian ini kebiasaannya akan menggunakan MIL-STD-810G, dimana ia akan diuji tahap ketahanan pada situasi yang lasak termasuk kejatuhan peranti pada ketinggian yang luar biasa.

Antara jenama yang menggunakan ujian ini adalah seperti:
1. CAT
2. Dogee
3. Kyocera
4. LG
5. Samsung
6. Ulefone
7. Nokia
8. Oukitel
9. BlackView
10. Motorola

Jadi yang mana lebih baik?
Sebagai peranti eletronik, Ingress Protection sudah memadai bagi telefon pintar namun sekiranya pengusaha ingin membina peranti mereka dengan tujuan yang lasak dan tahan lama. Maka Military Standard adalah pilihan terbaik. Bagi pengguna yang kerap berada dalam keadaan ekstrim seperti menyelam di laut, bekerja ditapak pembinaan mahupun mendaki gunung. Peranti tahan lasak adalah yang terbaik untuk anda. Tambahan, ia sangat berguna ketika kecemasan walaupun anda mampu membaiki dan membeli peranti baharu.

Adakah IP + Cover Lasak + Screen Protector Memadai?
Untuk menjawab persoalan tersebut, ia bergantung pada kegunaan harian anda, cover peranti dibina untuk menahan kecelakaan ringan dimana peranti anda masih berisiko untuk retak dan rosak. Bergitu juga dengan sifat screen protector. Tetapi sekiranya anda golongan yang selalu bernasib malang dan kerap membaiki peranti dan screen protector, anda boleh pertimbangkan akan pengunaan peranti yang jenis MIL-STD.

Harga Peranti MIL-STD?
Tidak dinafikan bahawa peranti yang mempunyai ujian MIL-STD adalah lebih mahal berbanding IP walaupun spesifikasi mereka kebiasaannya agak rendah berbanding peranti Flagship oleh kerana tahap ujian yang dikenakan. Namun, menurut beberapa maklumat bahawa pengilang boleh menyatakan peranti mereka mempunyai MIL-STD tanpa melakukan ujian yang ditetapkan.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)