
OnePlus dikatakan akan mengantikan model OnePlus 9R dengan OnePlus 9RT pada bulan Oktober nanti dimana setakat ini dikatakan ia hanya eksklusif di India oleh kerana model 9R hanya dikeluarkan pada negara tersebut.
Kandungan peranti dilaporkan menggunakan infrastruktur yang sama namun kalini ia menggunakan Snapdragon 870 dengan “higher-binned” dan dilengkapi bersama paparan 120Hz AMOLED 6.55-inci berserta kapasiti bateri pada 4,500mAh dengan pengecasan 65W.
Tambahan ia akan menjalankan Android 12 yang siap dipasang dan sedia untuk digunakan. Tambahan, Android 12 bagi peranti OnePlus yang lain juga akan diterima tidak lama lagi.