
Galaxy Z Fold 3 dikatakan akan menyebabkan kamera berhenti berfungsi jika pengguna cuba unlock bootloader. Malahan ia juga bakal menyebabkan peranti berfungsi dengan tidak baik.
Anda mungkin salah seorang pengguna yang ingin mempunyai produk Samsung Galaxy Z Fold 3 yang merupakan peranti lipat tercanggih yang dijual dipasaran. Pada masa yang sama cuba ingin “ROOT” peranti yang diperolehi. Maka dinasihatkan agar melupakannya.
Peranti tersebut didapati gagal berfungsi apabila pengguna cuba unlock bootloader. Namun sekiranya berjaya, peranti anda akan mempunyai beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan antara kamera pada peranti itu.


Tetapi pihak Samsung tidak memberi maklum balas akan isu ini samada ia disengajakan mahupun bug yang terjadi pada peranti mereka itu.
