Netflix Hanya Membina Launcher Untuk Permainan Mereka

Netflix Gaming

Netflix sebelum ini dikatakan sedang membina versi permainan bagi versi “Netflix of Gaming”, Tetapi ternyata ia hanyalah berfungsi sebagai pelayar. Dimana aplikasi yang ingin dipasang akan dibawa ke playstore untuk dimuat turun.

Buat setakat ini, servis itu hanya berfungsi di Poland dan mereka melancarkan permainan Stranger Things 1984 dan Stranger Things 3. Jadi pengguna yang mempunyai akaun bagi negara tersebut boleh menggunakannya awal.

Walaubagaimanapun, seperti yang dinyatakan bahawa anda tidak melayar permainan ini sepertimana menonton video. Tetapi setiap kali anda ingin memuat turun, ia akan membawa nya ke playstore dan aplikasi itu hanya boleh dilancarkan melalui aplikasi Netflix sahaja.

Netflix Gaming

Dengan kata lain, ia tidak lah seperti yang disangkakan sebagai platform yang mungkin menjadi seperti Steam dan Epic di PC. Kesimpulannya, anda akan memiliki pelbagai permainan dalam satu aplikasi.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)