Xiaomi Smart Glasses Akan Gantikan Peranti Pintar Anda

Xiaomi Smart Glasses

Xiaomi memperkenalkan kaca mata pintar keluaran mereka yang merupakan alat yang dipakai bagi membantu pengguna. Berbanding menganggapnya sebagai aksesori, Xiaomi menyatakan bahawa ia bakal mengantikan telefon pintar anda.

Menurut penyataan syarikat itu dalam teaser yang dikeluarkan menyatakan bahawa satu hari nanti peranti telefon pintar tidak diperlukan lagi. Malahan akan diganti dengan alat pemakaian seharian.

Xiaomi menyatakan bahawa kaca mata ini hanya seberat 51g dan akan kelihatan seperti kaca mata biasa. Dengan menggunakan microLED, ketebalan kaca pada peranti akan dapat dikurangkan dan ia memperolehi pixel yang tinggi, jangka hayat yang lama dan lebih cerah berbanding OLED.

Ia juga akan menggunakan chip bersaiz 2.4mm x 2.02mm dengan saiz pixel 4μm untuk membolehkan di letakkan dalam bingkai yang digunakan. Dan paparan akan masih kelihatan dibawah sinaran matahari oleh kerana kecerahan boleh mencecah 2 million nits.

Buat masa ini, peranti tersebut akan menfokuskan kepada navigasi, fotografi, notifikasi dan pelbagai lagi. Dan setakat ini ia akan dipasarkan pada pasaran China sahaja.

Peranti ini juga dilengkapi dengan XiaoAI Assistant sebagai alat interaksi utama, dual beamforming mikrofon, speaker, kamera 5MP, touch pad, bluetooth/Wi-Fi modul dan Android OS.

Namun, harga dan tarikh pelancaran masih tidak dimaklumkan. Tetapi ia dikatakan tidak akan dijual diluar dari China buat masa ini.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)