Oppo Perkenalkan Find X3 Versi Kodak

Oppo Find X3 Pro Kodak Version

Oppo dikatakan bekerjasama dengan syarikat kamera Kodak pada peranti Find X3 mereka. Dimana pekara tidak asing bagi syarikat telefon pintar sepertimana Xperia dengan Sony Alpha, Vivo bersama Zeiss dan OnePlus dengan Hasselblad.

Pada laman Weibo, Oppo menyatakan pada post mereka bersama gambar Find X3 Pro Edisi Khas, bahawa pelancaran produk akan dibuat pada 16 September.

Gambar pertama menyatakan bahawa peranti masih mengekalkan kalis peranti dengan tahap IP68. Manakala gambar kedua dan ketiga hanya menyatakan berkenaan cover kulit yang digunakan. Ia juga akan dilengkapi dengan lanyard, pengecas beserta earphone.

Pengguna akan menerima kamera utama dengan resolusi 50MP, 50MP Ultra-wide, 3MP lensa mikroskop dan 13MP 2X kamera telefoto. Tambahan juga, ia akan menggunakan prosessor Snapdragon dengan jumlah kapasiti bateri 4,500mAh. Pengecasan 65W dan 30W pengecasan tanpa wayar.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)