
Hyundai mengeluarkan video terbaru mereka yang menunjukkan akan penggunaan Spot milik Boston Dynamic dalam kilang mereka. Dimana ia akan berfungsi untuk memeriksa kilang bagi keselamatan pekerja.
Jika dilihay didalam video ini menunjukkan bahawa model yang digunakan menerima pengubahsuaian termasuk dalam penggunaan Lidar, kamera haba dan beberapa sensor lain. Dengan kelengkapan ini, Spot mampu mengesan orang, memantau suhu dan menyemak sebarang bahaya seperti kebakaran.
Penggunaan robot tersebut dilakukan secara semula jadi dan juga boleh dikawal sekiranya perlu jika sebarang pemantauan perlu dilakukan secara terperinci. Tambahan, menurut Hyundai juga Spot boleh melakukannya pada waktu malam dan memastikan keadaan kilang selamat selepas waktu pekerja.
Malahan tidak dinafikan bahawa kemalangan dan kebakaran yang berlaku pada kilang besar adalah selepas waktu kerja. Dimana pemantauan tidak dilakukan sebelum itu mahupun ia terlepas pandang. Tetapi dengan adanya Spot, pekara ini mungkin dapat dielakkan.