
iOS 14.7 mempunyai jumlah naiktaraf yang kecil namun ada yang diperlukan oleh pengguna. Antara fungsi yang diperolehi pada iOS 14.7 ialah untuk menentapkan masa pada HomePod. Aplikasi “Weather” yang lebih baik dengan fungsi untuk menyatakan kualiti udara pada negara yang terpilih dan akan dikembangkan ke negara lain pada masa akan datang. Dan naiktaraf yang penting bagi pengguna iPhone ialah “bug fix” mengenai pengunaan bateri yang kuat pada naiktaraf iOS 14.6. Pihak Apple juga menyatakan bahawa masalah bateri ini akan diperbaiki pada iOS 14.7.