
Huawei turut menyertai pesaingan dalam membina peranti lipat pada tahun ini walaupun menerima pelbagai halangan dari Amerika Syarikat. Ia akan dilengkapi dengan prosessor 5nm Kirin 9000.
Dalam tahun ini sahaja, banyak syarikat telah memperkenalkan pelbagai jenis peranti lipat. Manakala Huawei pula membawanya kepada Huawei Mate V mereka. Dimana projek ini telah berjalan sejak Julai tahun lalu.
Dimana syarikat tersebut mendaftarkan mempatenkan peranti mereka pada CNIPA. Seperti yang dilihat pada peranti tersebut, ia mempunyai notch pada bahagian hadapan peranti yang sangat jelas.

Tambahan, syarikat itu juga pernah memohon trademark pada European Union Intellectual Property Office (EUIPO) dengan nama “Mate V”. Pendaftaran itu dibuat pada 3 Julai 2020 dibawah kategori class 9.
