
Selepas Apple memperkenalan AirTag dan juga diikuti beberapa syarikat lain. AirTag merupakan sebuah peranti penjejak yang berkesan pada pasaran. Namun disebabkan Apple menguasai sepenuhnya ekosistem iOS, Google berpendapat bahawa mereka perlu menyediakan servis ini kepada pengguna android.
Pada Google Play Services versi 21.24.13 didapati mengandungi beberapa maklumat berkenaan aplikasi yang akan datang itu. Dimana aplikasi ini bertujuan untuk mencari peranti pihak yang lain. Namun tidak dinafikan bahawa Google pernah mempunyai aplikasi ini dimana ia dipanggil “Find My Device” tetapi ia hanya boleh mencari aplikasi yang telah daftar masuk ke akaun google.
Malahan peranti Android adalah pelbagai dan dibina berbeza namun jumlah yang besar adalah tergolong dari peranti jenis telefon pintar.