
Motorola Defy merupakan peranti yang dilancarkan oleh Motorola secara rasminya baru-baru ini dimana ia merupakan peranti dengan kerjasama Bullit Group, Syarikat dari UK yang terkenal dengan membina peranti kepada Brand CAT dan Land Rover.
Peranti ini dikatakan mempunyai daya tahan yang lasak dimana ia mempunyai daya tahan dengan ketinggian 1.8 meter dan boleh menerima kejatuhan yang berkali-kali pada sisinya (tidak termasuk paparan). Ia juga mempunyai sarung dengan dua lapisan TPU yang unik dimana ia membolehkan peranti tersebut untuk kekal dibawah air sehingga kedalaman 1.5-meter selama 35 minit.



Tidak dinafikan dengan kemampuan tersebut ia mempunyai kalis habuk dan juga pasir dimana anda boleh mencuci dengan sabun mahupun “sanitizer”. Pelindungan paparan adalah dengan menggunakan Corning Gorilla Glass Victus, untuk menghalang kesan calar. Disamping itu, ia juga mampu bertahan pada suhu yang dasyat iaitu pada -25°C sehingga 55°C.
Namun pembinaan yang dasyat ini sudah tentu mempunyai kekurangan dimana ia merupakan versi model Moto G9 Play yang diperbaharui.
Spesifikasi Peranti:
Paparan: 6.5-inci HD+, 60Hz Refresh Rate
Prosesor: Snapdragon 662 SoC
Ram: 4GB
Storan: 64GB
Kamera: 48MP +2MP (Macro) + 2MP (Depth)
Bateri: 5000mAh
Pengecasan: 20W Fast Charging
OS: Android 11
Keselamatan: Side-mounted Fingerprint
Lain-lain: 3.5mm audio jack, Bluetooth 5.0, NFC
