iPhone”BUG” Akan Hilangkan Fungsi Wifi Selama-lamanya

wifi-iphone

iPhone terkenal dengan ciri keselamatan yang baik namun ia bukanlah sebaik apabila pengguna menjumpai kelemahan peranti tersebut. Setiap aplikasi mahupun teknologi mempunyai kelemahan tertentu dimana ia mudah di eksploit dan menjejaskan keselamatan peranti mahupun dipatahkan oleh pengguna.

Pengkaji Keselamatan, Carl Schou menunjukkan bahawa selepas beliau menyambungkan wifi network pada peranti dengan nama (“%p%s%s%s%s%n”) menyebabkan fungsi Wifi pada peranti tersebut rosak dan dinyahaktifkan serta merta.


Masalah ini terkesan pada kedua-dua peranti iPhone dan juga iPad dimana dengan menyambungkan pada Wifi dengan nama berikut menyebabkan ia gagal untuk berfungsi dengan baik. Malah dengan reboot peranti tidak akan menyelesaikan masalah ini dimana ia tetap akan berlaku.

Bagaimana ia berlaku? nama wifi digunakan merupakan sebahagian dari simbol pada programming language dimana nama yang dimasukkan akan diproses oleh program namun tanpa tapisan atau diubah kepada “petikan” yang lebih selamat dengan itu menyebabkan penggunaan memori peranti digunakan secara mendadak menyebabkan terjejasnya pada peranti lantas menyahaktifkan fungsi wifi.

Masalah ini merupakan sesuatu yang sangat serius kerana ia membolehkan pengguna melakukannya pada fungsi AirTag kerana ia bertindak lebih kurang sama. Tetapi para pengguna boleh menyelesaikan masalah ini dengan memadam segala maklumat sambungan yang pernah dilakukan.

Settings > General > Reset > Reset Network Settings

Dimana ia akan memadam semua maklumat berkenaan wifi dan anda perlu menyambungkan ia semula.

Nota: Para pengguna dinasihatkan tidak menggunakannya sebagai bahan permainan (prank) pada kenalan. Hal ini kerana setiap peranti yang dibina berkemungkinan ada pembinaan yang berbeza dengan peranti lain untuk menyesuaikan dengan hardware yang dipakai. Dimana ada keberangkalian ia tidak boleh diperbaiki walaupun di reset maklumat wifi.




Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)