
iOS mempunyai satu sistem yang dimana ia menghadkan pengunaan maksimum sebanyak 5GB RAM bagi setiap satu aplikasi dengan itu peranti yang digunakan bagi mengelakkan penggunaan tenaga yang melebihi batas kemampuannya. Namun sistem ini membuatkan aplikasi yang digunakan tidak mampu bertindak lebih efisyen berbanding penggunaan biasa seperi Adobe Photoshop sebagai contoh.
Dengan hasrat Apple untuk menjadikan iPad sebagai “Future PC” mereka perlu membina peranti dengan lebih dinamik dan berfungsi seperti yang diharapkan pengguna. Tambahan dengan kapasiti RAM sebanyak 16GB dan yang digunakan hanyalah 5GB, ia menunjukkan bahawa peranti Apple masih tidak menggunakan kemampuan mereka sepenuhnya.
Namun pada versi Beta iOS 15 yang terbaru, Apple memperkenalkan fungsi yang diminta oleh pihak developer untuk membenarkan peranti tersebut menggunakan lebih RAM pada masa akan datang. Malahan, aplikasi yang digunakan dapat digunakan dengan lebih baik dan menolak kemampuan peranti tersebut dengan lebih tinggi. Namun Apple tidak menyatakan berapa jumlah yang dibenarkan maksimum buat masa ini.