Microsoft: Inginkan Steam Dan Epic Guna Portal Mereka

microsoft-store

Microsoft Store mempunyai fungsi Amazon Appstore kedalamnya. Namun minat dan harapan syarikat tersebut tidak terhenti ke situ dimana mereka inginkan store pihak ketiga seperti Steam dan Epic juga akan diletakkan kedalam portal mereka. Berdasarkan policy terbaru Microsoft, mereka tidak akan mengenakan cas kepada mana-mana developer yang menggunakan platform mereka. Dengan itu, developer boleh mengambil keuntungan sepenuhnya.

Ini akan membawa permainan video akan hadir hanya dengan satu platform sahaja walaupun permainan tersebut dimiliki dibawah license Epic mahupun Steam. Namun sebelum kita gembira dengan berita ini, rujukan keatas policy Microsoft itu menyatakan bahawa policy tanpa cas adalah tidak termasuk keatas aplikasi permainan. Dalam konteks lain ialah dimana segala permainan video yang diletakkan pada Windows Store akan dikenakan cas.

Dengan itu, kita dapat menjangka dimana pihak dari Steam dan Epic tidak akan menerima dimana keuntungan yang mereka miliki kini bakal dipotong. Sebagai contoh dimana isu pada Epic di peranti Apple dimana Apple tidak membenarkan pembayaran terus kepada syarikat tersebut.

Namun sekiranya rancangan ini berjaya, berapakah harga yang diambil oleh Microsoft? Menurut pada pasaran Xbox kita dapat melihat bahawa Microsoft hanya mengambil dalam 12 peratus keuntungan dari harga jualan sama seperti Epic. Manakala Steam masih mengekalkan dengan 30 peratus. Manakala pada Apple mereka mengambil dalam lingkungan 30 peratus.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)