
Aplikasi Android TV oleh Google mendapat tentangan kuat dengan lebih 1 star rating selepas naik taraf dibuat dimana aplikasi itu menayangkan iklan dengan “autoplay” pada paparan utama.
Tidak dinafikan Google merupakan syarikat pengiklanan yang dimana keuntungan yang diperolehi sepenuhnya hadir dari penjualan iklan dan pengumpulan data. Tetapi meletakkan iklan pada produk yang pengguna bayar membuatkan pengguna merasakan tidak puas hati dengan tindakan syarikat tersebut.
Mengapa ia merupakan isu yang agak serius? Naiktaraf yang dibuat bukan sahaja memaparkan iklan dengan autoplay malah ia memenuhi keseluruhan paparan tv pengguna dimana mereka tidak boleh dinyaktifkan mahupun menghilangkannya. Dengan itu, pengguna bukan sahaja membeli peranti tv yang dikhaskan untuk menggunakan sistem Aplikasi tersebut malah memiliki papan iklan terbesar didalam rumah mereka.