Qualcomm Perkenalkan Snapdragon 888 Plus

qualcomm-snapdragon-888

Qualcomm memperkenalkan prosesor Snapdragon 888 Plus yang merupakan versi naik taraf kepada Snapdragon 888 yang digunakan pada peranti high-end.

Snapdragon 888 Plus dikatakan mempunyai naik taraf dalam clock speed dibawah 3.0GHz dimana Snapdragon 888 hanya 2.8GHz. Disamping itu, versi Plus mempunyai AI Engine dengan penambahbaikkan 20% prestasi lebih baik. Dan prosesor ini juga dalam kategori dan mempunyai fungsi yang ada pada Snapdragon Elite Gaming. Dan masih juga mengekalkan sambungan X60 5G dan WiFi 6E.

snapdragon 888 +page 2
snapdragon 888 + page 3

Peranti yang menggunakannya?
Asus
Pada peranti ROG mereka sebelum ini, Snapdragon 865 digunakan pada ROG Phone 3 dan diumumkan ROG Phone 5 akan menggunakan Snapdragon 888 pada Mac akan datang. Dan berkemungkinan ROG Phone 5 Ultimate Edition akan menggunakan prosesor terbaru ini.

Motorola
Peranti yang akan digunakan masih tidak dimaklumkan namun pihak Motorola telah menyatakan bahawa mereka akan menggunakan prosesor ini dalam peranti akan datang.

Honor
Pihak syarikat tersebut memberitahu bahawa ia akan menggunakannya pada Honor Magic 3. Tambahan mereka tidak lagi terikat dengan Huawei. Dengan itu mereka dapat menggunakan prosesor Qualcomm dan servis dari Android pada masa akan datang.

Xiaomi dan Vivo
Kedua-dua syarikat tidak memaklumkan sebarang maklumat namun pihak Qualcomm menyatakan bahawa mereka merupakan antara syarikat yang akan menggunakannya.

Perbandingan Snapdragon 888+ dengan Snapdrgon 888.

snapdragon 888 + page 4

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)