
Tiada APK pada masa akan datang, Google telah memperkenalkan Android App Bundle sejak 2018. Kini mereka menetapkan bahawa AAB akan secara rasminya menjadi format “default” pada aplikasi di Play Store dalam bulan Ogos ini. Format ini digunakan oleh developer untuk memuatnaik aplikasi ke Play Store dengan mudah. Dimana developer boleh memuat naik isi kandungan secara individu berbanding memuat naik aplikasi yang lengkap.
Namun sebagai pengguna biasa, ada mungkin pening dengan maklumat ini dan mengapa ia penting kepada pengguna juga. Android Bundle merupakan inisiatif terbaru untuk memudahkan pengguna dan juga developer. Dimana pengguna boleh memuat turun aplikasi dengan lebih pantas dan cepat. Mempunyai kapasiti dan saiz lebih kecil.
Dengan itu, naik taraf yang dibuat tidak perlu menjejaskan pengguna secara keseluruhan. Sebagai contoh, satu aplikasi bersaiz 500mb, dan developer menaik taraf fungsi didalamnya dengan saiz 2mb. Maka pengguna tidak perlu memuat turun semula 500mb seperti yang berlaku pada masa kini.
Hal ini kerana setiap aplikasi mempunyai maklumat penting kepada peranti dan setiap peranti mempunyai keperluan tersendiri. Dengan APK, anda perlu memuat turun kesemua maklumat walaupun anda tidak gunakan. Sebagai contoh Anda menggunakan Xiaomi, maka aplikasi tidak perlu memuat turun maklumat aplikasi untuk peranti Samsung.
Contoh ringkas, APK ibarat anda membeli barang dan dalam satu kotak mengandungi alatan dan buku rujukan. Namun anda menyedari buku rujukan tersebut ada bahasa melayu, english, cina, india dan sebagainya. Jadi kotak yang anda beli agak berat. Dimana AAB pula adalah seperti ini, anda membeli barang yang sama, tetapi didalam kotak hanya ada bahasa melayu kerana hanya perlukan buku rujukan bahasa melayu. Manakala apabila rakan cina anda membeli barang sama, ia mempunyai buku rujukan bahasa cina sahaja.
Dengan kata lain, kotak adalah aplikasi anda. Manakala buku rujukan adalah maklumat untuk peranti anda. Dengan itu, peranti anda hanya perlu menyimpan maklumat yang berkaitan berbanding menyimpan maklumat keseluruhan.
Jika dilihat, terdapat aplikasi yang sudah menggunakannya selama ini seperti aplikasi Duolingo dimana pengguna hanya perlu memuat turun asset yang diperlukan iaitu bahasa yang diinginkan berbanding memuat turun keseluruhan isi kandungan walaupun tidak digunakan.
Contoh kedua, developer menukar wallpaper aplikasi mereka atau logo. Dengan itu pengguna hanya perlu memuat turun data baharu berbanding memuat turun keseluruhan aplikasi. Sekiranya anda perasan, aplikasi seperti Shopee mahupun Lazada yang sentiasa mengubah rupa aplikasi mereka dengan APK membuatkan pengguna perlu memuat turun saiz penuh aplikasi untuk mengubah isi kandungan aplikasi apabila event disambut.
Tetapi format ini tidak sama dengan APK dimana pengguna menggunakan OBB sebagai isi kandungan asing. OBB adalah fail tambahan yang digunakan untuk memberikan isi kandungan kepada APK. Ia mengandungi asset dan juga fungsi dalam satu fail. AAb pula mempunyai sistem asset dan fungsi. Sekiranya ada fungsi baharu, pengguna tidak perlu memuat turun asset semula.

Namun dengan AAB, pengguna tidak boleh berkongsi aplikasi dari peranti berbeza. Kerana aplikasi yang anda memuat turun tidak mengandungi maklumat aplikasi peranti lain. Disamping itu, ia mengelakkan cetak rompak yang membolehkan penjenayah memasukkan komponen mereka dan menyerang peranti secara besar. Ini memberikan keselamtan yang lebih kepada pengguna.