Sony Hilang “Pembeli” Sensor Dari Huawei, Punca Dari US

sony-sensor

Sony hilang pembeli sensor kamera iaitu Huawei disebabkan persetujuan dari Amerika Syarikat. Pada 2019, Amerika Syarikat meletakkan Huawei dalam senarai hitam negara tersebut dalam memiliki dan menggunakan teknologi dari negara tersebut menyebabkan syarikat tersebut hilang sumber dalam penggunaan Android kedalam peranti mereka.

Namun ia tidak terhenti di situ, kerana dalam penetapan itu juga ramai yang tidak ketahui bahawa negara tersebut bukan sahaja menyekat penggunaan Android dari Amerika Syarikat malah menyekat syarikat lain dari meneruskan pembekalan itu.

Tambahan berita berkenaan syarikat Sony dan beberapa yang lain memohon lesen untuk penjualan produk mereka ke Huawei dibatalkan sepenuhnya. Dengan itu, Sony hilang salah satu antara syarikat yang menjadi pembeli terbesar kepada komponen mereka itu.

Menurut beberapa maklumat lain, syarikat tersebut membuka peniagaan mereka kepada beberapa syarikat di China dan pada masa yang sama menambah baik dan membina sensor tinggi yang berkualiti.

Sony juga dikatakan ingin membuka peluang kepada pembinaan sensor kereta untuk mengurangkan kerugian yang dihadapinya.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)