WhatsApp Akan Menerima Fungsi Hapus Media

whatsapp-beta

WhatsApp sebelum ini dalam proses memberikan fungsi hapus chat yang dihantar. Kini WhatApp menambah satu lagi fungsi terbaru. Menurut WABetaInfo, versi WhatsApp terbaru itu boleh menetapkan bahawa gambar, video mahupun GIF akan hilang selepas tempoh masa ditetapkan oleh penghantar.

Fungsi ini terdapat pada versi WhatsApp Beta 2.21.14.3. Pengguna yang ingin mencuba boleh memuat turun di sini. Selepas memuat turun, pengguna dapat melihat butang “view once” ketika berkongsi media. Dengan memilih nya, pengguna akan menghantar media dengan fungsi ini.

Selepas penerima dan membuka, penghantar akan menerima notifikasi yang menyatakan bahawa dokumen telah dibuka. Apabila penerima menutup, maka media tersebut akan hilang secara automatik.

Namun, WhatsApp tidak menambah apa-apa ciri keselamatan untuk mengelakkan pengguna daripada screenshot media tersebut. Ia membuatkan fungsi ini tidak berguna sepenuhnya.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)