Permainan Video PC Di iPhone Tanpa Mempunyai PC?

permainan-xbox-cloud

Permainan video merupakan sebuah industri yang bertindak secara global. Dimana mempunyai komuniti yang besar. Namun dengan kecanggihan teknologi pada pembinaan permainan video, semakin kurang peranti yang disokong, malah kebanyakkan hanya boleh dijalankan pada PC.

Namun pekara ini tidak lagi dengan wujudnya sistem cloud gaming. Xbox Cloud Gaming membawa permainan video ke peranti telefon anda dimana anda boleh bermain menggunakan Safari sahaja.

Tetapi sebelum anda berasa tertarik dengan servis ini, Xbox Cloud Gaming hanya berjalan pada negara tertentu sahaja dan sudah tentu Malaysia bukan sebahagian daripadanya. Senarai negara yang disokong sila rujuk sini.

Malahan, beberapa review yang diperolehi oleh pengguna dari negara lain juga menyatakan bahawa Cloud Gaming milik Xbox masih dalam pembinaan dan tidak sempurna jika dibandingkan dengan Stadia.

Buat masa ini platform tersebut mempunyai masalah dalam kelewatan reaksi yang membuatkan pengalaman bermain menjadi kurang atau serba tidak kena. Malahan untuk menggunakannya, pengguna perlu mempunyai sambungan yang kuat.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)