Privasi: Berapakah Kamera Tersembunyi Dalam Rumah Anda?

privasi-kamera-spy

Privasi merupakan hak individu mahupun secara fizikal atau maya. Namun perkara ini kurang menjadi perhatian kepada rakyat Malaysia terutama dalam dunia serba bebas ini. Kita dapat melihat dimana isu privasi dan keselamatan hanya dititik beratkan apabila mempunyai isu atau berita yang menjadi liputan dalam sosial media. Tetapi mengapakah kita perlu sedar berkenaan situasi ini?

Di dalam era yang serba canggih, teknologi telah memudahkan pengguna dalam kegiatan harian, namun tidak dinafikan sekiranya ia menjadi peralatan yang disalah guna. Sebagai contoh, peralatan seperti Zoom dan peranti Huawei dinyatakan produk yang memiliki backdoor dan mengambil hak privasi. Namun apa yang berlaku ialah syarikat ini mempunyai kelemahan pada sistem mereka dan membuatkan pihak ketiga mengambil kesempatan tanpa diorang ketahui.

Bergitu dengan kehidupan harian kita dimana, kita tidak didedahkan pada realiti yang wujud disebalik pemahaman kita. Penggunaan spy kamera dan alat rakaman merupakan fenomena yang sentiasa berlaku namun tidak disedari oleh mana-mana pihak atau mangsa tersendiri. Sistem pemantauan yang kita ketahui adalah seperti China dengan kamera cctv yang jelas di jalan dan sekitar bandar raya mereka.

Tetapi tahukah anda?
Dimana sebenarnya alatan ini wujud di sekitar anda dengan menyamar sebagai jam dinding, speaker, lampu meja, penyangkut baju, mahupun anak patung atau bantal dan sebagainya. Anda pernah mendengarnya? Namun berapa kali anda memastikan pekara ini bila ditempat awam. Peralatan ini dibina dengan sangat licik sehingga menyebabkan anda sukar melihat dengan mata kasar.

Tambahan lagi, kini sudah wujud kamera bersaiz sebutir beras atau 0.575 x 0.575 x 0.232mm yang digunakan dalam perubatan. Tetapi tahukah anda peralatan seperti ini agak mudah untuk diperolehi dengan pembelian atas talian.

Mengapa ini penting?
Privasi merupakan pekara yang kurang menjadi perhatian kerana kita menyangkakan bahawa tiada kerugian yang kita alami dalam kehidupan. Tetapi, dengan peralatan seperti ini boleh memberikan memantau anda mahupun di dalam bilik mandi dan realitinya mereka boleh keuntungan sebanyak RM600 ($145) setiap seorang pengguna di laman alam maya.

Bagaimana untuk diatasi?

  1. Pastikan kawasan anda dalam keadaan yang gelap, dan lihat sekiranya mempunyai peralatan yang mempunyai lampu berkelip. Tetapi ia hanya bertindak sekiranya peralatan tersebut merupakan produk murahan
  2. Dalam keadaan yang sama, anda boleh suluh lampu pada peralatan harian dan mengenal pasti sekiranya terdapat refleksi pada pemukaan yang mencurigakan. Tetapi cara ini mudah namun kurang effisyen. Permukaan yang sangat refleksi banyak digunakan pada pelbagai peralatan harini.
  3. Menggunakan kamera peranti anda untuk mengesan sinaran infra merah yang kebiasaan digunakan pada peralatan spy ini untuk memudahkan mereka bertindak walaupun dalam keadaan gelap.
  4. Bug Finder, peralatan yang dibina khas untuk mengesan segala tindak balas frekuensi radio daripada peralatan tersembunyi ini
  5. Semak wifi pada peranti anda, peralatan seperti spy kamera bertindak wireless maka mereka mempunyai nama dan juga signal untuk dikenal pasti. Ia merupakan kaedah yang mudah setiap kali anda menggunakan tandas di tempat awam.

Bagaimana dengan peranti awam?
Komputer riba, laptop dan sebagainya banyak dipasang dengan satu set usb kecil yang membolehkan penyerang memiliki username dan juga password pengguna dengan mudah. Dimana setiap rekod yang ditaip oleh pengguna akan disimpan walaupun hanya anda sahaja yang melihat hal ini kerana ia menyimpan maklumat dari papan kekunci yang anda taip.

Bagaimana untuk Mengelakkannya?
Anda hanya perlu mengenalpasti peralatan ini sebelum digunakan, kadang-kadang ia kelihatan seperti mini pendrive atau sambungan usb kepada tetikus wireless anda.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)