
Kualiti video merupakan pekara yang penting ketika di muat naik bagi memudahkan penerima dapat melihat isi kandungan dengan lebih baik dan jelas. Namun bagi menyokong kelancaran aplikasi “message” itu, whatsapp telah memberikan proses compression bagi memastikan isi kandungan dapat dihantar dan diterima pada jumlah data dan saiz yang kecil.
Namun fungsi ini juga menjejaskan pengguna yang ingin menggunakan aplikasi tersebut sebagai medium berkomunikasi yang mudah digunakan. Menurut WABetaInfo, Whatsapp telah menambah fungsi kedalam versi beta mereka dimana aplikasi tersebut membolehkan pengguna menghantar video dengan kualiti tinggi dimana pengguna boleh memilih samada “Best Quality” mahupun “Data Saver”.

Pilihan ketika menghantar video:
1. Auto (recommended): Whatsapp akan menentukan kualiti yang sesuai bagi video yang dihantar.
2. Best Quality: Video akan dihantar pada kualiti yang paling baik.
3. Data Saver: Video akan dikompress sebelum dihantar.
Fungsi ini hanya terdapat pada versi Developer Beta, dimana versi Beta pengguna dan aplikasi yang dilancarkan masih tidak boleh menggunakannya buat ketika ini.