OnePlus Akan Memasuki Pasaran Tablet

oneplus-pad

OnePlus berkemungkinan akan mengeluarkan tablet pada masa akan datang. Syarikat tersebut terkenal dengan produk lain seperti TV, TWS earphone, dan aksesori fitness tracking. Kini OnePlus dikatakan akan memasuki pasaran tablet.

Walaupun syarikat tersebut tidak mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan produk ini, namun mereka telah membuat pendaftaran trademark keatas “OnePlus Pad” melalui MySmartPrice dan juga European Union Intellectual Property Office (EUIPO). Ini memberikan petunjuk bahawa syarikat tersebut sedang membina produk Tablet dengan perisian Android.

Tetapi, trademark yang diterima itu dimenyatakan spesifikasi berkenaan peranti tersebut dimana pengguna tidak dapat menganggarkan kemampuan produk itu.

Tambahan trademark itu muncul seminggu selepas OnePlus menyatakan bahawa mereka telah berkongsi beberapa pasukan mereka dengan pihak Oppo. Dan dijangkakan produk baru itu adalah hasil daripada Oppo dan OnePlus.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)