OnePlus Nord 2 Menggunakan Chipset Flagship Mediatek

OnePlus Nord 2 Mediatek

OnePlus Nord 2 telah dikatakan akan menggunakan chipset mediatek namun berita itu hanya menjadi khabar angin kepada pengguna. Kini OnePlus telah menyatakan bahawa berita tersebut benar.

Penyataan itu dilakukan beberapa minggu sebelum pelancaran yang akan berlaku tidak lama lagi. Peranti tersebut akan menggunakan chipset Mediatek Dimensity 1200 SoC dan ia merupakan peranti pertama keluaran mereka yang menggunakan chip daru Mediatek.

Mediatek Dimensity 1200 merupakan chipset dari syarikat taiwan dan kemampuannya adalah setaraf Snapdragon 865+ dan 870, tetapi dibawah Snapdragon 888.
– 1x ARM Cortex-A78 core dengan 3.0GHz clock speed
– 3x Cortex-A78 cores dengan 2.6GHz
– 4x Cortex-A55 efficiency cores dengan 2.0GHz
– ARM’s Mali-G77 MC9 GPU

Maka kita berkemungkinan akan dapat melihat performance yang baik pada peranti ini. Menurut tarikh yang dinyatakan, pelancaran peranti ini akan dilakukan pada 22 Julai ini.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)