
Buds Pro adalah earbuds yang sedang dibina oleh syarikat peranti OnePlus. Namun pengumuman itu bukan sahaja memperkenalkan produk mereka itu, namun kepada yang berminat untuk membuat review berkenaan produk tersebut boleh mohon berbuat demikian dan mencubanya lebih awal sebelum ia dilancarkan.
Terdapat dua produk yang boleh di review, OnePlus Nord 2 dan Buds Pro. Namun pemohon boleh memilih satu produk sahaja. Menurut terma dan syarat, mereka yang mohon untuk membuat review berkenaan Nord 2, tidak layak untuk review product earbud mereka itu.
Untuk melakukan demikian, peminat atau reviewer boleh melakukan di laman website OnePlus Lab mereka.
Tarikh Permohonan:
Nord 2 Edition – 9 Julai Hingga 17 Julai
Bud Pro Edition – 9 Julai Hingga 17 Julai
Namun buat masa ini, tiada maklumat yang dikeluarkan oleh OnePlus berkenaan produk earbuds mereka itu.