Alpha Laptop Dari MSI Dibina Sepenuhnya AMD

Alpha 15, Alpha 17 dan Delta 15 merupakan gaming laptop yang baru sahaja diperkenalkan oleh MSI. Peranti ini dibina dengan menggunakan CPU dan GPU oleh AMD dan mempunyai fungsi Smart Access Memory (SAM).

Prosessor yang digunakan ialah Ryzen 5000 series dan Radeon 6000M series bagi grafik. Bagi Alpha 15 dan 17, kedua-dua model ini merupakan peranti yang ditambah baik dari model milik mereka sebelum ini dimana tiada banyak perubahan yang dilakukan.

Tetapi bagi Delta 15, ia merupakan produk baru dengan konsep yang berbeza. Dengan ketebalan 19mm dan berat 1.9kg serta rekaan yang agak simple membolehkan pengguna mempunyai peranti berspesifikasi tinggi untuk kegunaan pejabat. Dimana ia lebih sesuai dengan konsep korporat. Mungkin anda tertanya, kerja pejabat apa yang memerlukan spesifikasi tinggi.

Pembentangan produk samada menggunakan perisian 3D grafik mahupun melaksanakan pelbagai perisian pada masa yang sama dapat memudahkan pengguna mendapat kelancaran yang baik. Malah ia lebih kelihatan formal bagi penonton.

Tambahan dengan menggunakan Ryzen 9 5900HX dan Radeon RX6700M, serta paparan Full HD 240Hz refresh rate memberikan kelancaran yang baik kepada pengguna. Menurut pihak MSI, bateri mereka mampu bertahan sehingga 12 jam bergantung pada cara penggunaan.

Buat masa ini, tiada berita berkenaan pelancaran dan harga produk ini. Namun kita tunggu sahaja akan datang.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)